Wednesday, 2 January 2013

First Time Cat Owner - Must Haves

Kucing memang comel kan? Rasa macam nak cubit2 je.  Kalau bela seekor mesti best kan?  Tapi bukan senang nak bela kucing nih.  Having a cat is a lifetime commitment.  Kalau rasa dalam masa sepuluh tahun lagi tak boleh nak jaga dah kucing eg sebab nak kawin and future spouse maybe tak suka kucing, or nanti pregnant bahaya toxoplasma kat poo kucing, or nak migrate pergi oversea, then better jangan bela at all.  Kesian kucing tu nanti.  Kalau nak jugak, pergi volunteer kat cat shelter.  Those cats need TLC from humans too.

If you want to keep a cat, korang kena faham yang bela kucing ni memerlukan banyak duit, masa dan tenaga.

Keperluan Duit
Duit amat penting bila nak bela kucing.  Nak beli makanan lagi, beli pasir lagi, barang basic cam litter box, scoop, beg plastik, tisu, wet tissue, supplement lagi, treats, mainan dan bil vet lagi.  Kalau kucing korang tak sakit, my advice sila ketepikan sedikit duit untuk tabung vet mereka sebab kalau perlu nanti takde la rasa sesak sangat.  Pengalaman I jaga 14 cats , we spent about RM3500 for vet bills alone, in one year period.  Vet bills ni boleh dikurangkan jika kita jaga kebersihan kucing, kasi dorang makan terbaik yang kita mampu beli dan buat weekly at home physical examination.  Macam mana nak buat phisical examination ni, meh cek video Dr becker ni.


Keperluan Masa & Tenaga
Masa dan tenaga ni berkait rapat.  Most of it spend on masa cuci litter box, masa mandi, potong kuku, brushing, dan paling penting masa main dengan kucing.  Kalau kita ade lebih dari seekor kucing, kita tak payah la nak main ngan dorang kan sebab dorang da ada playmates.  Nettt, wrong.  They still need their human warm tender care even though satu household tu ade 50 ekor sekali pun.  Then, as a pet owner, we need to invest our time untuk mencari ilmu2 pasal kucing.  Sangat2 penting.  Macam mana nak kasi the best environment kalau kita sendiri tak faham kucing kan?  If you serious about it, in 10 years time you might have more knowledge than your own vet.  Yela nak buat PHD pun 5 tahun research, ni kalau dah 10 tahun kalah PHD dah ni hehe.

No comments:

Post a Comment